5 TIPS UNTUK MEMBAIK PULIH BISNES PENDIDIKAN ANDA KETIKA PKPP

Untuk fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan Malaysia telah memilih untuk membaik pulih keadaan negara dengan menjana rangsangan ekonomi meskipun wabak COVID-19 masih lagi aktif di dalam negara kita. Oleh sebab itu, kerajaan telahpun memberi peluang terutamanya perniagaan-perniagaan termasuk dalam sektor pendidikan untuk beroperasi seperti sedia kala secara berperingkat dan harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh kerajaan nanti.


Buat masa sekarang, hanya garis panduan untuk operasi pusat jagaan seperti Taska telah dikeluarkan oleh kerajaan yang boleh dirujuk di sini. Tambahan itu, sementara menunggu prosedur operasi yang lebih terperinci oleh kerajaan, lihat artikel kami yang lepas tentang 6 garis panduan tentang norma baharu bagi kelas luar talian (offline).


Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun membuat pengumuman tentang pelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Intipati yang dinyatakan di dalam pelan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Subsidi Penjagaan Anak (sehingga RM5,000)

Pemberian subsidi ini oleh kerajaan adalah untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga yang berkerjaya dan menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan. Subsidi ini termasuk pemberian eBaucar sebanyak RM800 untuk pengasuh mobil yang boleh digunakan sehingga akhir bulan Ogos 2020. Bukan itu sahaja, kenaikkan perlepasan cukai untuk ibubapa yang berkerjaya melalui perbelanjaan anak dari RM2,000 sehingga RM3,000 bagi tahunan 2020 dan 2021.

Selain itu, pusat asuhan juga akan mendapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan oleh kerajaan yang harus diikuti. Akan tetapi, inisiatif ini masih belum dijelaskan secara terperinci. Sila rujuk ke laman web http://ezi2care.jkm.gov.my/ untuk informasi yang terkini.

2. 50% Geran Digital untuk Pusat Pendidikan (sehingga RM5,000)

Salah satu inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2020 yang lalu adalah pemberian geran digital kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) demi menjana proses pendigitalan dalam perniagaan dan inovasi. Dengan geran ini, syarikat yang layak akan mendapat 50% subsidi oleh kerajaan dengan jumlah maksimum RM5,000. Akan tetapi, geran ini sangatlah terhad.


Pengurus syarikat haruslah menaik tarafkan proses pendigitalan di dalam pengurusan syarikat terutama sekali untuk mengurangkan sentuhan sesama manusia terutamanya pada waktu pandemik COVID-19 sekarang.


Bagi pusat pendidikan pula, benda yang paling penting buat masa sekarang adalah untuk menggunakan sistem pengurusan secara digital. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan operasi pusat tersebut dan pada masa yang sama dapat menjaga kesihatan antara satu sama lain. Oleh itu, dengan pengunaan sistem pengurusan AOneSchools, anda boleh mengeluarkan resit digital (e-receipt) yang akan dihantar secara automatik kepada ibubapa pelajar, dan pada masa yang sama pusat pendidikan dapat memantau kutipan bayaran yuran bulanan pelajar. Selain daripada itu, sistem ini juga dapat membantu para guru untuk melaporkan suhu badan pelajar di sekolah yang akan terus dinotifikasikan ke telefon ibubapa.


Di sini adalah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk pembukaan semula pusat anda secara effisyen.

AOne telah dipilih sebagai salah satu vendor untuk geran pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (SME). Oleh demikian, pusat pendidikan yang layak boleh memohon untuk sistem pengurusan AOne dan pengimbas haba (thermal scanner) dengan separuh harga daripada harga asal! Anda boleh semak kelayakan anda di sini: http://aonepayschool.wasap.my

3. Pinjaman Perniagaan dengan Kadar Faedah yang Rendah

Selain daripada pinjaman-peinjaman yang telah dibincangkan di artikel yang lepas, berikut adalah pinjaman yang ditawarkan sekiranya anda perlukan bantuan dari segi kewangan untuk perniagaan pendidikan (education business) anda.

Tip utama: Pastikan perniagaan anda mempunya cashflow yang mencukupi untuk membayar pinjaman yang diambil.

Nama ProgramPinjamanKadar FaedahAgensi Terpilih
PENJANA SME Financing (PSF)  Sehingga RM500,0003.5%Bank Berkaitan
PENJANA Microfinancing  Sehingga RM50,0003.5%Tekun Nasional dan BSN
Bumiputera Relief FinancingRM 100,000 ke RM 1 juta  3.5%  (Moratorium sehingga 6 bulan selepas ‘disbursement’ )PUNB dan MARA
Info lanjut: www.hasil.gov.my

4. Pengecualian Cukai untuk Alat Skan Suhu (Thermal Scanner) dan Perbelanjaan Lain berkaitan COVID-19

Demi memastikan perniagaan yang ada di dalam negara mematuhi norma baharu serta mengikut SOP yang disediakan, kerajaan Malaysia telahpun memanjangkan tempoh dan meluaskan skop perbelanjaan yang berkait rapat dengan keselamatan orang ramai demi mencegah wabak COVID-19. Salah satu perbelanjaan tersebut adalah ujian kit COVID-19 dan Thermal Scanner.

KANAK-KANAK YANG BERUMUR BAWAH 12 TAHUN

BERSIKO TINGGI UNTUK DIJANGKITI!

Maka;

Dapatkan suhu badan pelajar-pelajar anda sebelum mereka masuk ke dalam kelas!

Dapatkan Thermal Scanner automatik untuk pusat pembelajaran anda sekarang!

5. Program Subsidi Upah

Sebelum ini, telahpun dibentangkan untuk program ini, upah subsidi berjumlah RM1,200 akan dibayar kepada pekerja yang berkerja di bawah majikan yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke bawah dalam jangka 3 bulan. Dan baru-baru ini, kerajaan telah mengeluarkan pengumuman di mana program subsidi upah ini akan dilanjutkan lagi 3 bulan mulai Jun sehingga September. Akan tetapi, kali ini jumlah subsidi untuk pekerja akan dikurangkan ke RM600 sahaja.


Tambahan itu, kerajaan juga akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana selama 6 bulan, syarikat-syarikat yang mempunyai penganggur berumur di bawah 40 tahun akan mendapat bantuan sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja. Manakala, RM1,000 pula akan diberi kepada pengaanggur yang berumur 40 tahun dan keatas dan golongan OKU.

Subsidi upah ini akan dikreditkan ke akaun bank majikan dalam masa 7 hingga 14 hari mulai dari tarikh kelulusan. Anda boleh membuat permohonon di prihatin.perkeso.gov.my

Leave a Reply

Close Menu
WhatsApp chat